Sunday, 10 March 2013

Nilai Erti Persahabatan
1. Persahabatan adalah satu satunya pintu 
kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat 
kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi 
dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan 
yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan. 

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri 

layak buat disahabati orang. 

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap 

tiap orang yang suka kepada mu itu adalah 
sahabat mu. 

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak 

teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah 
diwaktu kesukaran. 


5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah 

mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu 
sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya 
sebelum dimintanya. 

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah 

jadi sahabat untuk seorang sahaja. 

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan 

apa sebab dia senang , kalau sahabat mu 
menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia 
susah. 

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat 

mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri. 

9. Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: 

Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada 
sahabat. 

10. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia 

lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang 
sanggup membuka matanya. 

11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki 

keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya. 

12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah 

seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya 
hanya tulang yang akan dilemparkan 
kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang 
itu. 

13. Cemburu perempuan kepada 

perempuan,memutuskan tali persahabatan. 

14. Bila seorang perempuan telah sudi 

menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu 
telah lepas dari zaman bercinta.

No comments:

Post a Comment